Selasa, 5 Ogos 2008

Drama Lawyer Dahlan (shahrom Husain)

Latar Belakang Dramatis/Pengarah

Shahrom Husain dilahirkan pd 4 Nov 1919 di Kg Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat, johor
Menyambung pljrn di MPSI stlh tamat sek Melayu di Peserai. Jadi guru dan pensyarah.
1942 bergiat dlm bdg penulisan dan memetaskan drama “Lawyer Dahlan” dan diterima sebagai drama terawal dipentaskan dan diskripkan
Juga terkenal sbg penulis novel sejarah dan buku pengetahuan bercorak biografi dan sejarah
Telah menghasilkan kira2 50 buah judul penerbitan drp pelbagai jurnal
1983 bertugas sbg karyawan tamu di UKM
Antara buku Shahrom Husain ialah Si Bongkok Tanjung Puteri dan Wan Cantuk.


Sinopsis

Babak 1
• Pak hamid dan Dahlan berbincang soal masa depan Dahlan. Dahlan ingin berkahwin dgn Rahimah sblm melanjutkan pelajaran di luar negara, walaupun pak Hamid menyuruh menunda perkahwinan tersebut. Rahman datang utk mengutip derma bagi badan perikatan masyarakat. Dahlan memandang hina kepada kutipan derma yang dibuat.

Babak 2
• Selepas berkahwin, Dahlan dan Rahimah tinggal di sebuah rumah moden. Mak Rahimah dtg dr kg dan membawa pucuk paku, ubi dan nangka muda. Rahimah engganmenerima brg 2 tersebut. Dahlan pulang dan memberitahu Rahimah bahawa dia bpeluang ke England utk bljr undang2. Pak Hamid gembira Dahlan bjaya ke luar negara dan memberi pelbagai nasihat kpd Dahlan dan Rahimah.

Babak 3
• Dahlan dan Rahimah sdh pulang dr luar negara. Mak Rahimah dtg menziarahi ttp Rahimah tdk mengaku wanita itu emaknya. Dahlan berbual2 dgn Hamdan mengenai luar negara. Pak Hamid dtg dan memberi nasihat kpd Dahlan mengenai tugas majestret. Dahlan dan Rahimah pulang membawa corak hidup barat dan diamalkan oleh Dahlan. Dahlan dan Rahimah memandang hina kpd seorang peminta sedekah dan juga peminta derma. Sikap ini dipertikaikan oleh Pak Hamid.

Babak 4
• Rahimah merungut krn Dahlan blm balik walaupun sudah lewat malam. Apabila Dahlan pulang, Rahimah mengesyaki Dahlan ada perempuan lain. Pertekaran antara Rahimah dan Dahlan membawa kpd tindakan Dahlan menghalau Rahimah keluar dr rumahnya dan mceraikannya. Semasa Dahlan sendirian, Ah San dtg menemuinya menagih hutan. Pak Hamid dt dan myalahkan Dahlan krn mceraikan Rahimah. Dahlan menghalau Pak Hamid keluar dr rumahnya. Anggota polis dtg ke rumah Dahlan dan meminta Dahlan ke B. Polis.

Babak 5
• Dahlan mendengar suara ghaib Lebai Alang, kaum tani, peminta sedekah dan Rahman. Mereka mempertikai sikap Dahlan dan menasihatinya.

Babak 6
• Dahlan cuba membunuh diri ketika di kubur ayah dan ibunya tetapi sempat dihalang olh Pak Hamid. Dahlan insaf akan perbuatannya selama ini. Rahimah muncul dan Dahlan memohon maaf drp Rahimah. Rahimah pn begitu dan berharap agar mereka balik ke pangkal jalan


Stail / Gaya Pementasan

Drama ini merupakan sebuah drama realisme atau berpijak di bumi nyata.
Hal demikian kerana peristiwa2yg diketengahkan dlm drama ini berpijak di bumi nyata. Peristiwa-2nya merupakan isu semasa yg berlaku pada zaman drama ini dihasilkan dan masih berlaku dalam masyarakat kini.

Dari segi watak, watak2nya adalah realiti dalam masyarakat dan memainkan peranan yang sesuai dengan situasi semasa.
uLatar tempat yg diketengahkan dlm drama ini adalah latar yg nyata dgn keadaan semasa dan tidak menjangkau latar-2 yg tidak logik spt kayangan dan sbgnya.
Tema dan persoalan2 yg terdapat dlm drama ini sesuai dan masih berlaku dalam masyarakat hari ini.


Tema dan Persoalan

Tema :
kepincangan hidup masyarakat kota yg terpengaruh dgn kebendaan dan budaya asing menyebabkan mereka mudah lupa diri. Kepincangan hidup keluarga Dahlan adalah disebabkan dia mengamalkan nilai barat yg bertentangan dgn nilai timur. Sikap negatif Dahlan telah membawa kpd perceraiannya dgn Rahimah.

Persoalan

Kesan negatif budaya barat
•Budaya barat yg diterima oleh dahlan ketika belajar di luar negara telah dibawanya pulang ke tempat asal. Dia berfoya2 dgn wanita sehingga rumah tangganya retak dan musnah.
Balasan atas perbuatan jahat
•Siakap negatif Dahlan iaitu pecah amanah wang sebanyak RM 10 000 telah menyebabkan dia dipenjara
Perubahan sikap manusia
•Rahimah berubah sikap setelah berkahwin dan tinggal di bandar. Dahlan juga berubah sikap selepas pulang dr luar negara.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
•Mak Rahimah amat menyayangi anak dan menantunya. Apabila menziarahi Rahimah dan Dahlan dibawanya buah tangan dr kampung.
Pentingan ilmu
•Dahlan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang undang2. Ini memperlihatkan Dahlan cinta akan ilmu pengetahuan. Begitu juga Pak Hamid yg begitu menekankan pelajaran Dahlan.
Derhaka kepada orang tua
•Rahimah tlh menderhaka kpd ibunya krn tidak mengaku wanita itu ibunya apabila mak Rahimah dtg ke rumahnya. Malah rahimah juga menyuruh ibunya keluar dr rumah itu. Begitu juga dgn tindakan yg menghalau Pak Hamid dr rumahnya.


Watak dan Perwatakan

DAHLAN
•Watak :
Watak utama, sudah kematian ayah dan ibu, dipelihara oleh Pak Hamid iaitu ayah saudaranya,melanjutkan pelajaran ke England dlm bidang undang2. Pulang ke tanah air menjadi majistret, mendirikan rumah tangga dgn Rahimah.
•Perwatakan :
Gigih belajar sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di luar
Pentingan ilmu
•Dahlan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang undang2. Ini memperlihatkan Dahlan cinta akan ilmu pengetahuan. Begitu juga Pak Hamid yg begitu menekankan pelajaran Dahlan.
Derhaka kepada orang tua
•Rahimah tlh menderhaka kpd ibunya krn tidak mengaku wanita itu ibunya apabila mak Rahimah dtg ke rumahnya. Malah rahimah juga menyuruh ibunya keluar dr rumah itu. Begitu juga dgn tindakan yg menghalau Pak Hamid dr rumahnya.
Lupa daratan (apabila pulang dari luar negara, suka berfoya-foya sehingga rumah tangganya hancur.
Bermegah dengan kedudukan dan kekayaan sehingga mengenepikan org bawahan.
Tidak kuat pegangan agama iaitu
•bertindak mahu membunuh diri setelah mnyesali perbuatanya
Kedekut, tidak mahu menderma apabila ada yang meminta sumbangan


RAHIMAH
•Watak : isteri Dahlan, masih mempunyai ibu, orang kampung, memainkan peranan dari awal hingga akhir cerita.
•Perwatakan : tidak menghargai jasa orang tua (derhaka), tidak mengaku ibunya. Mengusir ibunya keluar dari rumah selepas dia pulang dari England.
•Penyayang, menyayangi Dahlan kerana mempertikai Dahlan yang suka berfoya-foya dengan wanita.
•Sombong, selepas pulang dr luar negara, berlagak sombong dgn kedudukannya dan selalu menyindir org gajinya
•Mudah terpengaruh dgn gaya hidup moden, apabila tinggal di bandar, melupakan kebiasaan ketika di kampung, tidak mahu makan makanan kampung yang dianggap kolot.
•Tidak kuat pegangan agama, bertindak menderhaka kepada ibunya dgn menghalau ibunya dari rumahnya.

PAK HAMID
•Watak : bapa saudara Dahlan yang menjaga Dahlan selepas kematian ayah dan ibunya. Merupakan ketua Kampung Hulu. Seorang watak pembantu tetapi turut berperanan memperkembangkan plot drama ini.
•Perwatakan : penyayang, menyayangi Dahlan dan juga Rahimah dengan mengambil berat serta memberi nasihat kepada mereka ke arah kebaikan.
•Jujur, menyuruh dahlan jujur dalam tugasnya sebagai seorang majistret.

•Kuat pegangan agama, menegah Dahlan daripada bertindak membunuh diri dan menganggap tindakan Dahlan itu sesat.
•Pemurah, memberi derma utk tujuan kebajikan dan mengambil berat terhadap Badan Perikatan Masyarakat.
•Tidak mementingkan darjat, tidak mahu membanggakan diri dengan darah bangsawan. Baginya jika berbanga akan menimbulkan idup yg berkelas-2
•Pentingkan ilmu, menggalakkan Dahlan menuntut di luar negara dan apabila pulang dpt berkhidmat di negara sendiri.


PLOT


Jenis plot :
Bersifat kronologi kerana peristiwa2nya berlaku mengikut susunan dan urutan. Tidak melangkaui dan melanggar hukum sebab dan akibat dan hukum masa juga tidak dilanggari.
Struktur plot :
•Pengenalan {memperkenalkan watak2 spt Dahlan, Pak Hamid dan juga Rahimah. Dahlan ingin berkahwin dgn Rahimah sebelum ke luar negara.
•Perkembangan { perubahan sikap Rahimah selepas berkahwin. Dahlan pula berpeluang belajar di luar negara dan Rahimah ingin dibawanya bersama ke England}
•Klimaks { kepulangan Dahlan dan Rahimah dari luar negara. Rahimah enggan mengakui seorang wanita yg dtg dari kampung sebagai emaknya. Dahlan pula terpengaruh dengan corak hidup Barat dan suka berfoya-foya.
.Penurunan {Dahlan menceraikan Rahimah. Sementara itu hutang Dahlan bertimbun dan akhirnya dia ditangkap kerana tuduhan pecah amanah. Dia dipenjarakan tetapi apabila keluar dari penjara, dia ingin membunuh diri}.
.Penyelesaian {Dahlan sempat diselamatkan drp tindakan membuhuh diri. Dia insaf dan kembali semula ke pangkuan Rahimah.


Teknik Plot
Suspens
• Pembaca tertanya-tanya akan sikap seterusnya bagi watak Dahlan terutamanya selepas
beliau pulang dr luar negara.
• Pembaca tertanya2 nasib Rahimah seterusnya terutama apabila Dahlan berubah sikap
selepas pulang dr luar negara.
Konflik
• Konflik dalaman watak mak Rahimah setelah dia tidak diterima oleh Rahimah selepas
Rahimah pulang dari luar negara. Lebih serius, mak Rahimah tidak diakui oleh Rahimah.
• Konflik dalaman bagi watak Dahlan selepas keluar dari penjara. Dia merasa kecewa dan
menyesal sehingga bertindak hendak membunuh diri.



Latar
Terbahagi kepada latar tempat, latar masa dan latar masyarakat

Latar tempat
• Rumah Pak Hamid
Perbualan Dahlan dgn Pak Hamid mengenai pekerjaan Dahlan dan desas desus hubungan
Dahlan dengan Rosnah. Dahlan juga bercadang utk kahwin sblm ke luar negeri

• Rumah Dahlan
Selepas berkahwin Dahlan menetap di bandar bersama Rahimah. Mak rahimah dtg dan membawa makanan kg tapi Rahimah dan Dahlan tidak suka makan. Dahlan mendapat berita dia berjaya ke luar negara.

• Luar Negara (England)
Dahlan menyambung pelajarannya dalam bidang undang2 dan dia membawa Rahimah bersama.

• Tanah Perkuburan
Dahlan ingin membunuh diri di kawasan tanah perkuburan ibu dan ayahnya. Pak Hamid menasihati Dahlan dan dia insaf dan sedar kesilapannya. Dahlan dan Rahimah kembali

Latar Masa
1. Waktu :
- Pagi :Dahlan : singgah berteduh
kerana pagi tadi hujan

- Hari ini: Pak Hamid: Kerja dimana hari ini? ms172
- Tadi : Rahimah: Di mana kau tadi? Ms 180
- Semingg dulu: seminggu dulu semasa hari ibu bapa sekolahnya aku jumpa dia ms173
2. Tahun :
- Dahlan : Lebih kurang empat tahun ms 184.
- Dahlan dikenakan hukuman penjara empat tahun kerja berat.
3. Hari : Ahad hlm 131

4. Jam :
- 8. 30 pagi : rumah moden, terhias meja moden, radio, telefon, mesin taip, buku-2 tebal
di atas meja, sebuah jam dinding menunjukkan jam 8.30 pagi,…
- 1.00 malam: pemandangan rumah seperti dalam babak tiga, hanya
jam dinding menunjukkan pukul 1.00 malam


Latar masyarakat
- Masyarakat kampung yang hidup sederhana iaitu Pak Hamid, Mak Rahimah, Rahman
- Masyarakat profesional seperti mejistrit iaitu Dahlan
- Masyarakat miskin yang terdiri daripada peminta derma (Zakiah dan Lebai Alang) dan
peminta sedekah.
- Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya barat.
- Masyarakat yang tidak menghormati orang tua. Watak Dahlan dan Rahimah tidak
menghormati Pak Hamid dan Mak Rahimah.
- Masyarakat yang kedekut dan susah untuk menderma, iaitu melalui watak Dahlan.
- Masyarakat yang mudah terpengeruh dengan budaya barat
- Masyarakat yang mengalami kepingan dlm intituisi kekeluargaan
- Masyarakat yang hidup cara moden dan berfoya-foya.

Gaya Bahasa
Penggunan Peribahasa
i. “Macam katak di bawah tempurung…” ms 191
ii. “…ulat tak kenal daun, kacang lupakan kulit” ms 195
Pemilihan kata(Diksi)
i. Bahasa yang senang difahami. Ringkas dan terarah kepada bahasa
harian.

Bahasa Asing
• Penggunaan bahasa Arab seperti ‘assalamualaikum’, waalaikumussalam
• Penggunaan bahasa Inggeris seperti ‘scholar-ship’. ‘swimming costume’
‘programme picnic’ dan beberapa lagi
Simile
• “…Orang yang kekurangan pengetahuan dan ilmu, adalah seperti
gelapgelita hati dan batinnya sebagai juga malam yang tak dapat sinaran
bulan dan bintang. Ms 189
• “…kau halau aku seperti binatang. ms196
Dialek
• AH SAN: Atak latang sekali-kali, ambik balang. Gua tanya sama lia, apa
pasat bulan-bulan tak tak bayat? Lia kata encik tak tak kasi wang. Ms 214
Paradoks
• Tapi, tapi aku mati oleh tanganku sendiri. Ms 223



Teknik Penceritaan
Imbas muka
i. Mak Rahimah membayangkan Rahimah akan mendapat balasan
kerana tindakan Rahimah mengusirnya dari rumah. Ms 196
ii. Pak Hamid membayangkan Dahlan akan berjumpa dengan pelbagai
ragam manusia ketika di England nanti, dan akan bercanggah dengan
nilai ketimuran. Ms 188
Imbas kembali
i. Dahlan menceritakan semula keadaan di England kepada Hamdan.
Permandangan di England sungguh indah dan ada daya penarik. Ms
197
ii. Ingatan kembali terhadap sikap dahlan yang suka menghina, mengeji
dan mengusir orang miskin.
Monolog
i. Memaparkan suara ghaib yang mempersoalkan tindakan yang
dituturkan oleh kaum tani, peminta sedekah dan juga Lebai Alang.



Nilai

Nilai Kemanusiaan
• Kasih Sayang : kasih sayang ibu Rahimah terhadap Rahimah dan Dahlan menyebabkan dia
selalu datang melawat Rahimah dan Dahlan.
• Simpati: Pak Hamid yang bersimpati dengan peminta sedekah dan pemungut derma telah
memberikan sumbangnya
• Tanggungjawab : Pak Hamid bertanggungjawab terhadap Dahlan dengan memelihara dan
menjaga Dahlan setelah kematian ayah dan ibunya.

Pengajaran
-Kita mestilah mengutamakan budaya sendiri : contoh, sikap Dahlan yg terpengaruh dgn budaya barat merosakkan rumah tangganya. Sikap Dahlan ini tidak boleh dicontohi.
-Kita janganlah derhaka kepada orang tua: contoh, Rahimah telah menderhaka kepada org tua kerana telah mengusir ibunya yang bertandang kerumahnya serta tidak mengakui ibunya.
-Kita janganlah bermegah dengan pangkat, keduduakan dan kekayaan. Cth, Dahlan dan Rahimah bermegah dgn kekayaan mereka. Sikap ini patut dijauhi kerana meraka juga turut memandang rendah kepada org miskin.
-Kita janganlah bertindak melulu dlm melakukan apa2 tindakan. Cth, Dahlan telah bertindak melulu iaitu cuba membunuh diri. Tindakan negatif ini patu dijauhi krn dilarang agama.
-Kita hendaklah menghormati orang tua. Contohnya dahlan yang tidak menghormati Pak Hamid apabila dia tidak mendengar nasihat Pak Himid agar tidak berkahwin dgn Rahimah.
-Kita tidak boleh menghina orang lain terutama org miskin dan berpangkat rendah. Cth, Dahlan telah menghina peminta derma dan sedekah serta menindas pekerja bawahanya.

Tiada ulasan: